Business Description
PANDEMIK Covid-19 yang melanda dunia sejak dua tahun lalu, sememangnya memberi kesan besar kepada masyarakat, apatah lagi ramai hilang pekerjaan dan punca pendapatan. Berdasarkan data perangkaan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), menunjukkan seramai 140,608 orang hilang pekerjaan akibat pandemik dari Mac 2020 sehingga 20 Ogos lalu.