Business Description
Misi Evercare Physiotherapy adalah memberikan khidmat rawatan fisioterapi terbaik bagi setiap pesakit kami. Bagi mencapai misi ini. setiap physiotherapist kami mempunyai kelayakan akedemik minimum Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi (Kepujian) daripada universti tempatan dan mempunyai pengalaman klinikal lebih 10 tahun. Kelebihan mempunyai physiotherapist yang berpengalaman klinikal yang luas ini membolehkan setiap pesakit kami menerima program rawatan terbaik yang direkabentuk mengikut kesesuaian keadaan fizikal pesakit berdasarkan manual teknik dan kaedah perubatan moden yang terkini. Program rawatan dan pemulihan fisioterapi pakar seperti merawat lymphedema, vertigo, women's health (masalah kencing tiris), Symphysis Pubis Dysfunction (SPD), pelbagai masalah neurologi seperti stroke (angin ahmar), multiple sclerosis dan Parkinson’s disease adalah rawatan yang jarang-jarang ditawarkan di pusat fisoterapi swasta lain dan sukar dicari. Pengalaman klinikal lebih 10 tahun di sebuah hospital swasta terkenal di Subang Jaya memberi kelebihan kepada Evercare Physiotherapy kerana physiotherapsit kami telah sedia terlatih dan bertauliah serta berpengalaman untuk merawat kes-kes perubatan yang memerlukan khidmat fisioterapi pakar ini. Setiap pesakit di Evercare Physiotherapy akan menerima program rawatan dan pemulihan yang eksklusif dimana setiap pesakit akan dirawat oleh seorang physiotherapist (1 to 1 programme) yang membolehkan perkembangan positif pesakit dapat dipantau secara dekat untuk memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan adalah berbaloi dan memberi kepuasan kepada pelanggan kami.Business Hours
Monday : 09:00 - 18:00
Tuesday : 09:00 - 18:00
Wednesday : 09:00 - 18:00
Thursday : 09:00 - 18:00
Friday : 09:00 - 18:00
Saturday : 09:00 - 18:00
Sunday - Closed